Gunung Berapi


GUNUNG BERAPI

Gunung berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.
Gunung berapi terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (di kenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas), seperti di Lembah Rift Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi Eifelnya, Lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan Rio Grande Rift di Amerika Utara.
Ciri-ciri gunung berapi, yaitu:
1. Dapat di manfaatkan sebagai pertambangan
2. Air yang ada berbau belerang
3. Diselubungi uap asap putih
4. Mengeluarkan gas berupa fumarul, solfatar, dan mofet
5. Sering terjadi gempa
6. Keluarnya mata air panas
7. Terdapat kawah-kawah kecil
8. Disepanjang sisi hanya dikelilingi bebatuan dan nyaris tidak ada tumbuhan
9. Adanya geyser (mata air panas yang memancar)
Ciri-ciri gunung tidak berapi:
1. Dapat di manfaatkan sebagai tempat rekreasi
2. Tertutup kabut atau awan
3. Aneka sayur terhampar luas
4. Tanahnya subur
5. Terdapat ladang buah-buahan dan sayur-sayuran
Terdapat beberapa jenis gunung berapi. Pembahagian jenis gunung berapi berdasarkan ciri-ciri bentuk gunung berapi, jenis lava dan bahan yang membentuk gunung berapi.
Jenis dan ciri-ciri gunung berapi:
1. Gunung berapi lava asid
* letusan gunung berapi amat kuat.
* lava sangat likat dan mengalir dengan perlahan.
* mempunyai cerun yang curam.
* contoh: Gunung Vesuvius di Itali.
2. Gunung berapi lava bes
* mempunyai cerun yang landai.
* lava sangat panas dan cair.
* lava mengalir dengan laju.
* contoh: Gunung Mauna Loa di Hawaii.
3. Gunung berapi abu dan sinder
* terbentuk daripada letupan yang sangat kuat.
* mengeluarkan bahan piroklas seperti lapilli, abu, bom, serpihan kecil dan gas.
* bahan piroklas akan jatuh di sekitar lohong dan membentuk cerun yang curam.
* contoh: Gunung Paricutin di Mexico.
4. Gunung berapi komposit
* dikenali sebagai stratokun.
* kon utama terbina daripada abu dan lava.
* kon-kon kecil terbentuk di cerun-cerun kon utama.
* kon-kon kecil dinamakan kon parasit.
* contoh: Gunung Fuji di Jepun, Gunung Mayon di Filipina.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar